Assalamualaikum...
Setelah lama betul tidak mengupdate atau mengemaskini blog pusat sumber ni barulah hari ini berasa nak mengemas yang berhabuk dan berdebu la. Atas banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan masa dan kesuntukan masa tak dapatlah nak mengemas sangat pasal blog ni.
Tetapi pada hari ni, rasa nak menjengoklah memana yang patut kat dalam blog ini.
Antara aktiviti literasi maklumat yang telah dilakukan adalah membuat buih gergasi yang pastinya telah dilakukan di banyak buah sekolah di dalam negara kita ni. Musim orang membuat eksperimen membuat Buih Gergasi ini telah menjadi fenomena pada masa sekarang ini.
Kebetulan saya mengajar subjek Sains, jadi secara tidak langsung dapatlah membuat eksperimen dalam topik Pengukuran mengunakan unit piawai. Murid yang terlibat ialah murid tahun 4. Semua murid amat teruja dalam menjalankan eksperimen ini dan saya berharap agar ilmu yang diperolehi digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin hendaknya.
Resepi untuk membuat Buih Sabun ini amatlah mudah dan senang didapati di kedai-kedai yang berhampiran dengan rumah anda. Sukatan ini cukup untuk sekelas, tetapi bolehlah digandakan sukatannya jika mahu lebih ramai membuatnya.
BUIH GERGASI
1 botol pencuci pinggan Joy
4 sudu besar tepung ubi
1.5 liter air paip
CARA
Bancuhkan semua sekali dalam satu beseb besar.
Sediakan rangka yang dibuat daripada dawai atau straw sebagai rannka tiupan buih gergasi itu tadi.
Taraaaaa.......
No comments:
Post a Comment